Sunday 2 December 2012

SELAMANYA HARIMAU MALAYA

 Assalamualaikumwarrahmatullahhiwabarakatuh :)
 Hai hai hai hai?

Berpandukan tittle di atas aku sebenarnya sokong malaysiaa *lol*
Itu semua orang pun sokong -,-
Actually, aku baru sahaja balik dari ampang, rumah pakcik aku.
Okay, aku ngan family buat keputusan mengejut nak turun keeyy eel sebab nak
tengok game malaysia lawan indonesia. Mula mula memang nak rancang nak pergi tengok
live tapi disebabkan malaysia kalah ngan singapore time game pertama tuh semangat
kitaorang nak pergi tuh macam dah takde. 
Tetapi setelah game kedua malaysia menentang laos dan malaysia memenangi game tersebut
ayah telah bertukar fikiran. Lalu, ayah pun memberitahu kami bahawa kami akan pergi
menonton game live di stadium bukit jalil,petaling jaya di selangor.
semangat gilaa aku ceritaa. haahaa

Okay, kembali kepada normal semula. 
Kitaorang start bertolak dari pukul 8 pagi camtulah sampai kat stadium bukit jalil dalam pukul 12 tengah hari.
Mestilah tengah hari takkan lah malam pulak
Bila dah sampai kat stadium tuh aku punyalah excited. Maklumlah aku first time pergi 
sana pun time darjah dua. Tak ingat apa apa pun =='

Okay, abaikan muka saya :D

Then, bila dah beli tiket and dah beli jersey siap buat nama ngan nombor sekali tauu,
kitaorang pergi rumah pakcik kejap. Pakcik ngan isterinya pun turut ikut serta jugak.  Dah siap mandi, makan makan kitaorang terus gerak pergi stesen lrt kat ampang.
Sampai sana jek dah ramai dah orang semuanya menuju ke destinasi yang sama.
First tren penuh gilaa nak mati. Memang tak boleh nak masuk lah kan.
Kena tunggu tren kedua pulak. Tunggu punya tunggu tren pun sampai. 

From left : my mom, my dad, my bro, bro rifdy, uncle lassim and aunty mai 

Me and my sister 

Okay, dalam berapa minit kemudian kitaorang pun sampai kat stadium.
Bila dah sampai jek kat sana kitaorang terus cari tempat duduk,
Ingatkan nak duduk aras grandstand tapi semua dah penuh. Kitaorang pun pergi kat aras atas 
sekali. Punyalah cari tempat duduk bagai apa. Akhirnya dapat jugak. Sumpah memang penuh gilaa lah kan.

ultras malaya :D semangat gila aku time ni. Sampai tak ingat dunia taau.




Dan wisel pun ditiup oleh pengadil yang adil. Adil ke? Maka bermulalah permainan.
Huuuhhh. Sumpah lah aku cakap tengok kat rumah dengan tengok kat stadium sungguh lain.
Lagi lagi time kitaorang pergi nih ramai gila penyokong. Semangat makin membara-bara :)
Macam macam lah bunyi ada.

"Woi referee bodoh bla bla bla hanjing Indon siaaaal main macam bla bla bla mangkok bla bla bla lahanat bla bla bla boooo indonn bla bla bla dan bla"

Bukan ni jek macam macam lagi ada. Pakcik ngan ayah aku pun dah lupa ingatan jugak termasuk lah aku
sekali. Hahaha xD 
Bila gol pertama jek aku ngan adik melompat macam nak lompat tinggi tauu. Semua dah macam orang gila. Ultras memang lagi semangat gila lah kan xD

Penyokong endon semuanya udah balik. Mengaku kalah deh.
Dan setelah 90 minit berlalu. Akhirnya, malaysia memenangi perlawanan tersebut. Hhuuuuhhh. Tak sia sia kitaorang datang dari jauh. Menang jugak malaysia. Masuk juga semi final jumpa thailand nanti. And hopefully, malaysia masuk final jumpa singapore and jadi juara AffSuzukiCup :) Aminn. 
 Its me :)

 Okay game dah over. Dah puas. Masa untuk balik :)
Nak balik pun ada masalah jugak. Sebab terlalu crowded :/


So, kena lah tunggu sampai tak ramai orang. 
                                                                                        
Nampak tak? Boleh jadi model kan aku? Hahaha :D


Dah bosan camni lah jadinya. Muka penat tapi puas taauu.
Okay, sampai jek kat ampang terus pergi kedai makan. Time tuh pukul satu setengah pagi. Memang tak gemuk lah makan malam malam camtuh. 
Dan dengan selamatnya sampai ke rumah pakcik pukul dua pagi. Sampai jek kat rumah terus tidur sebab dah tak tahan sangat. Kaki pun dah lenguh lenguh.

Huuuhhh. Tangan aku ni pun dah penat menaip jek dari tadi. 
So, story yang aku nak ceritakan nih sebenarnya aku pergi tengok bola live kat stadium. 
Tuh jek motif aku buat entry nih. Hahaha xD
Okaay okaay okaaaaay.
Bye semuaa :)

HAI HAI HAI

Assalammualaikum 
Anda, anda dan anda sekalian :)



Huuuhhhhh. Akhirnya aku dapat jugak post entry kat blog setelah berbulan bulan 
lamanya aku tak bukak blog and post something. 
Password pun aku hampir lupa. Bukan apa aku ni busy sikit.
Maklumlah aku kan pmr tahun ni kena jadi budak rajin sikit. Hahaha
 Tak boleh nak post entry setiap hari. Setiap hari?
Lagipun aku layan twitter sahaja. 
*flip hair*

Okay pmr pun sebenarnya dah lama lepas cuma tengah tunggu result jek. Jek?
Ya Allah! Resultt? Okay jangan ingat paper. Jangan jangan jangan.
Biarlah aku tahu keputusan tuh nanti *Seraam*
Walaupun aku ada dengar yang graf tahun ni naiklah turunlah apalah.
Macam macam lagi lah =='
Aku tetap sabar and tunggu jek hari keputusannya nanti.
Time tu lah aku akan nampak orang nangis lah terloncat loncat lah berpeluk pelukkanlah 
dan pelbagai drama lagi.
Yang aku terpikir sekarang ni sama ada aku akan nangis atau terloncat loncat
atau kedua-duanya sekali?

*jeng jeng jeng*